Hello Hello

31 July 2013

Praktikal ku T.A.M.A.T




Assalamualaikum =]=]=]



Syukur Alhamdulillah......... 
Itu ungkapan first untuk 2 minggu yang lepas di mana tamatnya sudah latihan industri aku dari 4 Februari hingga 19 Julai. 5 bulan lebih bersamaan dengan satu sem aku praktikal tolak dengan cuti sem lepas tambah sikit dengan cuti sem sekarang! huh! Macam kira math pulok. huhu. Memang dok berkira hari bilalah nak habis praktikal ni kan. Oklah. Aku buat ringkasan jela tentang praktikal aku ni. Sebenarnya aku praktikal start awal bulan Mac sebab sebulan sebelum tu aku ada join satu program IT yang diberi nama INFOSYS. Lepas je tamat Infosys aku terus mendaftarkan diri ke Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) di Putrajaya. Aku praktikal di Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Sebelum nak praktikal tu memang macam2 benda aku fikir. Takut, gementar, boleh ke aku praktikal ni? ape kerja yang aku dapat kat pejabat nanti? selalu ke aku kena marah nanti? dan macam2 lagi.





Ni lah setengah dari gelagat aku kat office yang tak boleh lekang dengan camera tiap2 hari nak ambil gambar. hehe


Nak cerita pasal tempat praktikal aku ni. Kat bahagian aku ni, staff nye sikit je. Dalam belas2 orang macam tu lah. Bila datang je kiteorang kat office tu, memang riuh. Dari depan pintu dah boleh dengar suara kiteorang. Al maklumlah, aku, Amy, ngan Anis ni memang banyak mulut, suka gelak, suka bergurau. Tambah2 lagi bila dah tension buat kerja error sana error sini, sistem tak bergerak ape semua, mulalah mencari mangsa untuk dikacau. haha. Aku memang selalu kena geletek lah, kena tarik lah apela bila si kakak Anis dan kakak Amy ni stress. Tambah pulak aku duduk di tengah antara Amy ngan Anis. sabo jelah. haha. Lagi satu yang aku takkan lupa suasana kat situ. Super duper sejuk sampai nak beku tangan ngan kaki aku Tuhan je yang tahu. Sebab adanya bilik server punye pasal terpaksa kuatkan aircond. Praktikal kat government ni, macam2 orang aku jumpa, baik orang pangkat besar sampai yang sama praktikal macam aku. Ada juga beberapa course training yang aku join. Yang aku tak dapat lupakan masa training windows 8 kat Microsoft kat Menara 3 KLCC. Serius, aku ada niat juga nak kerja kat situ. Bestttt ooooo. Semoga termakbul lah hajat aku ni. Amin..... Staff2 kat BPM pun semua baik2 belaka. Rajin juga melayan kiteorang ni yang nakal. haha. Puan Fatimah aka bos kami kat situ pun sangat sporting. Supervisor aku Sir Mani pun rajin juga melayan kiteorang bertiga. 


 Anis & Amy yang sama praktikal dengan aku juga kat BPM,MOT


We are visited by our advisor, Dr Chiew Kang Leng in the MOT


 My supervicor, Sir Mani yang very smart man, otak asyik berfikir tak berhenti. Semua masalah ada penyelesaiannya. Die je yang selalu boleh selesaikan. haha.


 Ni lah belasan staff BPM yang sporting, caring dan baik hati. Thank you for your all support =)


Dapat join Kayuhan Patriotik dengan bos, Sir Mani dan Miss Nurul 


 Lepas pilihanraya yang lepas, Kementerian Pengangkutan dapat menteri baru. Dapat juga aku jumpa face to face dengan YB Dato' Seri Hisyamuddin


 Aku juga sempat menjadi ahli Koir MOT bersama staff MOT yang lain. yey!!!!


Aku kalau buat kerja memang khusyuk. Amy ngan Anis mengumpat memanggil aku kat sebelah aku pun aku tak dengar sebab terlalu fokus sangat. haha. Tapi start aku stress ngan tension bila sistem yang aku buat corrupted, hang, loading, error. Tu yang buat muka aku yang dah comel ni jadi muncung. ecececceehhh.. haha


Aku kira bersyukur juga sebab sepanjang aku praktikal ni aku tinggal dengan mak sedara aku yang aku panggil cu di B.B.Salak Tinggi. Cu aku ni pun kerja government di Istana Kehakiman. Tempat praktikal aku kat presint 1, cu aku pulak di presint 3. Aku masuk 8.30a.m, cu aku pulak 8.00a.m. Memang aku berterima kasih sangat dekat cu aku sebab selain rajin melayan kerenah anak2 die, cu pun rajin melayan aku. Aku pergi praktikal pun dijemput dihantar. Cume kadang2 cu aku ni tersangatlah busy, aku terpaksa menaiki bas, naik erl dari Putrajaya Central ke Salak Tinggi. Aku sebenarnye tak boleh naik bas sebab aku cepat rasa pening. Kalau tak nak bagi pening, dalam bas tu aircond kena kuat kat atas kepala aku ni baru kurang pening aku. Nak tak nak terpaksa la kan. Sepanjang aku praktikal kat sini, banyak perkara, dugaan yang aku hadapi, yang aku belajar. Kadang2 nak menangis pun ade, nak ayah ngan mama sentiasa ade dengan aku. Padahal sikit je pun susahnye. Tulah manja sangat mijah ni tak boleh nak susah sikit. Tapi dari kesusahan tu lah pengalaman yang boleh jadi pengajaran kepada kita =). 

Tambah pulak aku ni seorang yang suka jalan dan suka bershopping cuci mata. Kalau hujung minggu tu mesti nak keluar, keluar jalan2 dengan cousin2, dengan family cu aku sendiri, kalau tak keluar pun buatlah aktiviti yang dapat memenuhi masa lapang aku. Cuma kalau ada cousin aku atau cu aku nak balik Teluk Intan aku akan ikut. Kalau tak pun tumpang anis balik lepas tu ayah aku jemput aku kat Sabak Bernam. haha. Tempoh aku berpraktikal ni lah masa yang sesuai untuk aku plan tarikh, masa dan tempat untuk keluar berjumpa dengan rakan2 aku. Contohnya, aku plan keluar dengan bestfriend aku azreen, kawan2 matrik aku dulu Farah dan Syurah, abg senior. hehe.

Masa hari last di minggu last aku praktikal tu, email majlis berbuka puasa sempena hari terakhir kiteorang menjalani latihan industri kat situ dihantar kepada semua staff BPM. Sangat terharu weh. Staff2 BPM semuanya caring dan sporting. Tapi ada juga beberapa staff yang tak dapat hadir disebabkan ada hal sendiri. Makan free weh siapa yang tak nak. BPM yang support. wallaweh! Majlis berbuka puasa kiteorang masa tu di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Alhamdulillah kenyang.

 Gift dari bos, Puan Fatimah. Thank you puan


 Puan tonton tv1 sementara menunggu azan nak berbuka


 sedap weh sedap ngat aihhhh!!!


 yang hadir malam tu


 menikmati makanan yang sungguh menyelerakan


Report LI kena hantar sebelum 31 Julai. Alhamdulillah syukur. Walaupun banyak rintangan pasal sign log book la, attachment la, pasal pos report lah, akhirnya dah selamat Report aku sampai ke fakulti pada 31 Julai. Terima kasih Puan Fatimah, Sir Mani, Amy, Anis, Ann dan ayah yang terlibat dalam proses membuat dan menghantar report. hehe. Mendoakan aku lulus dalam subjek TMY 3912 Industrial Training. Amin..............
Sekarang seronok dan tenang berada di rumah bersama family tersayang dan dapat makan banyak2 dan sedap2.  Masa untuk rehatkan otak. hehe



=]=]=]



5 comments:

  1. mcm2 pngalaman kte akan dpt time prac kan? mai prac hbs 21 jun ri tu n smpi skrg msh mggur..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... banyak pengalaman kita dapat sebenarnya... miza lepas ni sambung lagi final year =) ...

      Delete
  2. wah da hbis praktikal sronoknyaaa ')

    btw pretty !

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah habis...tp ade lg setahun untuk final year..so, kne balik Sarawak balik..huhu =)

      Delete
  3. Helo, saya nak tanya mcm mana prosedur nak minta tmpat praktikal dkat Kemnterian Pengangkutan Malaysia? Adakah saya cuma perlu menghantar permohonan saya tanpa menghubungi mereka atau saya perlu telefon pihak mereka dahulu? Terima kasih :)

    ReplyDelete