Hello Hello

07 August 2011

Puasa di kampung

Lepas memborong makanan kat bazaar untuk berbuka puasa kat kampung, mama terus drive balik. Kali ni balik kampung ayah tak ikut sebab ade catering di Bagan Datuk. So sampai kampung cun2 terus buka puasa. Itulah bagus. Hidang2, baca doa terus buka puasa. haha. Dengar cerita juga yang balik kampung minggu ni cu, pak ude, pak andak dan pak cik. Tapi yang ade buka puasa masa tu cu je. Yang lain tak nampak muka lagi. Makanan pun mama beli banyak. Yang mama masak dari rumah pun banyak macam nak berkelah ngan saudara mara. Takpe, mungkin esoknye mereka sampai. 

Esoknye pulak, pagi sabtu keluar ke Manjung teman cu beli barang. Disebabkan cu dah pandai drive, ni first time keluar jalan2, ronda2, ambil angin dengan cu kat Manjung. Disebabkan kat Manjung de Tesco yang baru dibina, so, singgah lah kat situ membeli barang2 dapur. hamboi. Masuk2 pintu mule2 dah nampak BIG APPLE. Oh My! Kat Teluk Intan takde pun =( Setakat Secret Recipe adelah. Kat Manjung pun ade SR tuh. Manjung lebih maju dari Teluk Intan nampaknya. Nasib baiklah bulan puasa, kalau tak bulan puasa memang aku dah rembat BA tu macam mana aku rembat selalu kat The Spring, Kuching sana nun. Senanglah lepas ni tak payah pergi jauh2 ke Ipoh ke nak beli BA, pergi Manjung je. Kalau macam tu tiap2 minggulah aku nak selalu balik kampung kalau aku ade balik semenanjung. haha. 

Balik dari beli barang tengok2 pak uda dah sampai kampung. Yang lain dengar cerita tak jadi balik termasuklah pak cik. Aduhai, dah lah pak cik kahwin dulu aku tak pergi sebab tak dapat balik, kali ni dah dapat anak pun aku tak dapat tengok. Tunggu raya lah jawabnya. Pak cik adik mama dah dapat anak. Pak cik adik ayah pulak bawu membesar kat dalam perut dengar citer. Pak uda balik kali ni bawa gambar bakal mak sedare aku pulak. Bila tengok gambar, dua, tiga kali lah aku buat pengecaman. Sebabnye mukenye sebijik, sejibik, serupa macam bini Salleh Yaakob yang keempat tu. haha. Sorry to say lah pak uda. Jangan mara ha. Yang ni bila pulak nak kahwinnye tak tau. 

Lepas ni nak balik kampung lagi untuk menghabiskan masa2 aku kat sini. Itupun kalau takde pape halangan. Yelah mungkin lepas ni aku dah jarang nak balik. Nak puas2 juga berpuasa ngan maktok dan tokwan. haih. Bila balik kampung, terasa rindu pulak berkumpul ramai2, buka puasa ramai2 dengan saudara mara, adik beradik mama yang ramai tuh. 

Hati sebenarnya seronok berpuasa kali ni dengan family, pastu tak sabar nak raya jumpa saudara mara kat kampung TETAPI ade rasa sedih sebabnya cuti sem dah nak habis, dah nak masuk Uni balik, dah nak berpisah ngan mama & ayah balik. alaaaaaa =(

Pernah satu hari aku mengadu kat mama ,

aku : mama, bulan puasa ni rasa rindu pulak kat Unimas. Rasa rindu               nak belajar nak pergi kelas.
mama : emmm... dah tak rindu kat mama dah ke???
Aku terdiam sebab tak tau nak jawab ape ngan soalan mama tu. Sedih je bunyi... emmmm.

Lagi satu ayat aku ngadu lagi kat mama ,

aku : mama, cuti dah nak habis. macam mane ni?
mama : tulah, lepas ni dah jauh dari mama ngan ayah. tak dapat nak makan2, jalan2 sama2 dah. nak kene tunggu kamu balik la. tapi entah bila la nak balik lagi.
Yang ni dah memang aku senyap terus, air mata bertakung. Oh Tuhanku! Confirm2 kat airpot aku menangis seperti mana aku menangis masa aku mula2 flight dulu dengan ayah. huh. ( type sambil menahan air mata ni). Rasa macam tak boleh nak renggang walau sesaat pun ngan mama & ayah. 

Begitu cepat masa berlalu. Tup tup dah nak habis dah cuti 4bulan ni. Masa itu emas. =]=]=] 


04 August 2011

Kemasalahan melanda

 Masing2 ada masalah sendiri masalah dunia masalah peribadi ~~~ luahkan jangan simpan dalam hati boleh cerita di kedai kopi~~~.. Tu dia lagu dari Malique ft Salam. Memang sesuai pun. Memang sekarang tengah ade masalah. Ingatkan dalam bulan puasa takde masalah, tak cari masalah & tak dapat masalah, tapi aku hanya mampu bersabar. Dugaan tu. Masalah nak mengon9kan diri pulak sekarang. Tak taulah problem tang mane. Bil da bayar. Bila on9 boleh, tapi tak boleh nak search google ke facebook ke twitter ke blog ke. Hanya ade mase2 tertentu je. Aikkk??? Tak kan nak ikut mood juga kot. haihhh. Tapi sejak due menjak ni, bila aku on9 jarangla aku nak on facebook or twitter. Mood takde ke arah itu, tapi mood ke arah search perkara lain, ke arah perkara yang diperlukan, memerlukan & yang perlu. cewaahhhh !!! Bila mau ok ni. Apa masalahnye BB? Internet? Laptop?

Ni lagi satu masalah otak. Haihhh. Awat ingat bende tu balik? perasaan tu datang balik. Please! Please! Go Away la! Jangan kacau la! Aku nak lupakan semua tu. Kepala otak asyik dok ingat bende2 merepek tuh watpa Hamizah Anuar? Dah kena ceramah ngan mama pun bende tu hinggap balik dalam kepala otak ni. Padahal orang tu ade ingat ? Usah perasan ! Manelah ko tali? Sik nampak juak tok !

Lagi satu masalah berbelah bagi. Serius memang aku tak suka berada dalam situasi di tengah2. Tersepit & terhimpit. Berbelah bagi antara saudara mara atau mama& ayah. huh. Bulan puasa ni nak duduk rumah saudara atau nak duduk ngan mama& ayah? Nak puasa dengan saudara atau puasa ngan mama& ayah? Due2 kesian. Dahlah bulan Ramadhan ni la bulan last yang aku nak duduk kat rumah ni. Lagi sebulan je lagi cuti. Lepas ni dah nak masuk Uni balik. Entah bila nak balik lagi. Entah bila ade cuti panjang macam ni lagi. Ntah ade ke tak. Yang mana satu ni???

Problemo! Problemo! Subhanallah ...... Hendaknye lah masalah di kurangkan. Kesabaran dilebihkan. Amin. =]=]=]

02 August 2011

Awal Ramadhan

Hari ni hari kedua berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Adik pun dua hari ni juga die dapat puasa penuh tanpa sahur. Baru darjah satu. Aku dulu darjah satu puasa sekerat hari je. haha. Ramadhan tahun ni seronok sangat sebab dapat berpuasa kat rumah di samping family tersayang. Kalau macam dua tahun lepas aku berpuasa kat matrik dan tahun lepas pulak aku puasa kat Sarawak. Lagilah kan, waktu kat seberang sana tu lagi awal dari kat semenanjung. Tapi takpe, belajar jauh2 ni banyak pengalaman yang aku dapat untuk menjadi seorang yang lebih berdikari =).

Bulan puasa kali ni juga, mama cakap tak nak masak. Kalau nak masak pun untuk siapa yang tempah makanan or catering untuk buka puasa je. Hanya beli kat bazaar Ramadhan untuk juadah buka puasa. huh. Semalam hari first berpuasa dan hari first juga kepada peniaga2 yang berniaga di bazaar Ramadhan tu. huh. Kali ni banyak pulak orang jual lauk pauk. Dulu takde la banyak camtu. Kebanyakan yang bergerai kat sana kawan2 mama aku, kawan2 ayah aku, jiran2 aku jangan cakaplah. Makin bertambah ade jiran aku buka gerai. haihhh. Maklum sajalah, mama & ayah aku pun orang berkedai juga, ramailah yang kenal. Bila lalu gerai ni, stop kejap, sembang. Lalu gerai tu, stop kejap, sembang. Macam mana lah nak jalan, stop, beli pastu balik. Lama kat sana sebab tu lah. Bila stop suruh beli, macam mana nak beli kalau dah semuanye ayat sama macam tu. Kami ni 4beranak je. Tak ramai pun. Kalau nak beli semua dalam hari yang sama, siapa nak makan? membazir adela. Takpelah bulan puasa ni sebulan. Mama & ayah aku akan selalu pergi ke sana. Jadi, setiap gerai yang kami kenal kami akan singgah dan beli. huh. Yang tak kenal pun kami akan beli nak rasa. hehe

Pengunjung2 yang menyinggah ke bazaar tu pon ape kurangnya. Macam2 gelagat ade. Lagipun Teluk Intan ni kan kecik. Memang jumpa sesiapa2 sahaja yang kenal. Yang lama tak jumpe, yang baru jumpa memang ade terserempak. Cuma tegur dan tak tegur je. Hari ni, jumpa ramai yang kenal. huh. Memang hari ni juga, Tuhan nak tunjukkan kat mama orang tuh. haha. Kan dah terjumpa depan mata. Adohai. Yang aku pulak tiba2 rabun hilang tapi dalam hati takut juga silap orang. Akhirnya tekaan aku memang betul lah kau orang nya. Kenal juga ko kat aku ye. haha. Agak2 orang perasan tak gelagat aku yang menggelabah semacam kat mama aku kat tengah2 jalan bazaar tu??? haha. Buat malu je. huh!

Aku cuti sem ni pun dah 3bulan dah ni. Lagi sebulan lagi aku dah nak balik sana. So, di bulan Ramadhan bulan yang mulia ni aku harap aku dapat selesaikan niat aku dan segala perkara2 yang aku dah senaraikan dalam diary aku tuh sebelum aku nak masuk sambung belajar sem baru nanti. Muhasabah diri pun ade juga. haha. Bulan ni kalau kita banyak beribadat kita dapat banyak pahala. So, aku harap dapat kurangkan amalan2 yang kurang baik aku bulan puasa ni. 

Mengharapkan Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas. =]=]=]


01 August 2011

masa2 sebelum puasa

Penghujung bulan Julai dah berakhir dan awal Ogos dah tiba maksudnye bulan Ramadhan juga dah sampai. Due hari lagi sebelum nak puasa cadangnye nak pergi makan angin lah. Sebab nanti bulan puasa tak boleh nak makan angin sangat nanti letih tambah2 lagi bulan puasa kan bulan keberkatan bulan nak kumpul pahala =). 

Jadinya makan angin kali ni adik yang decide, sebelum ni makan angin aku yang decide. Ayah dan mama terpaksa mengikut kehendak due2 anak mereka yang banyak songeh ni. haha. Adik decide nak pergi Lost World of Tambun, mama dah suruh tengok tiket dan tempat2 menarik kat dalam tu sebab sebelum ni memang tak pernah pergi. Tapi objection dari aku tak nak pergi kat situ di atas sebab2 tertentu. Mama yang memahami aku, pujuk adik suruh decide tempat lain. Nasib baik adik makan juga pujukan mama tu. haha. So, adik decide nak pergi Zoo. Sebelum ni adik dah pernah pergi waktu siang, kali ni die nak pergi waktu malam pulak. haih. Zoo pun zoo lah. Aku ikut jela. Lepas hantar makanan bungkus kat sekolah rendah dan menengah kami pun chaw! ...

Disebabkan di Taiping kami tak ade sedare mare terpakse lah mencari hotel untuk bermalam. Aku pulak, last aku jejakkan kaki kat Taiping tu masa aku Form4. Itupun pergi under sekolah untuk competiton Hoki sekolah2 premier kat Taiping. Memang kali ni pergi aku hanya ingat The Store dan perpustakaan awam je kat sana. Sebab kat situlah tempat budak2 hoki menginap. Jalan punya jalan, belok punya belok, pusing punya pusing akhirnya dapat tempat menginap. Memang Legendlah !!! =)














seronok nak jumpe kawan2 die =)

bukan duduk atas train tapi duduk atas paha mama










besar betul ikan keli, kalau masak sambal tumis memang kenyang 






Esoknye lepas check out si budak gemok nak pergi mandi air terjun pulak ... Tercari2 air terjun nasib baik ada.







tergolek2 sebab penakut air








ku mencari bayang mu tiada ~~~~ hahaha


airnye tak sejuk sangatlah




baik punye !!!









adik, ayah cakap muka ko ni kadang2 ade macam muka Aizat penyanyi tu lah. haha 


Sebelum balik ke rumah, singgah ke Ipoh , mama mau beli something untuk raya. Balik dari Ipoh mesti wajib singgah Tesco Kampar sebab itu tempat wajib singgah adik untuk bermain. huh. And aku mengambil kesempatan yang ada untuk berjumpa ngan sayang aku yang dah lama tak jumpe, my KIKI <3 . 4 tahun tak jumpe beb. Rindu tak tau nak cakap lah. Dari tahun ke tahun cakap nak jumpa tak jumpa2 then sekarang jumpa pun. Bila nyanyi lagu Adira yang Awan Dania tu mesti ingat Kiki. Bila teringat Kiki mesti nyanyi lagu Adira yang Awan Dania tuh. haha. Dek, mama akak cakap kamu cantek sangat, memang sesuai kalau jadi Awan Dania. hehe. Have a great day with Her yesterday walupun tak lame. Potpetpotpet sampai tak ingat orang kiri & kanan. Sayang kamulah dek =)


adik tak sabar nak main, aku pulak tak sabar nak jumpa adik satu lagi. haha =)


budak ni seronok2 juga, tapi hari Isnin sekolah kena puasa tak dapat makan macam biasa


Rasa suasana riang berdua ~ disaat luka lupakan saja ~~~


Pabila bercinta dan dicinta cari cinta cinta mega ~~~ <3
Tunku Puteri Syakirah 

Walaupun tak ke mane sangat dan tak jauh sangat makan angin cuti hujung minggu ni, tapi puaslah riang ria, makan2, jalan2 bersama family. Hari ni dah start puasa. Selamat Berpuasa kepada semua.

 Ku mengharapkan RAMADHAN kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna =]=]=]