Hello Hello

01 July 2012

Aku tour guide sementara




Assalamualaikum =]=]=]



Al kisahnya jumaat lepas sedare aku dari Kedah mai Kuching sebab cousin aku dapat tawaran diploma di Uitm Kota Samarahan. Maksudnye dekatla ngan Unimas aku ni. Tapi yang kesiannya, cousin aku ni dahla baru balik dari PLKN, tu pun keluar awal, dapat tawaran ni pun baru tahu last minute. Yang aku pun baru tahu yang cousin aku ni dapat Uitm sehari sebelum mereka sampai sini. Lepas keluar masuk hutan esoknye flight ke KL then flight ke Kuching dalam masa satu hari. Memang takde ready ape2 la kan. Nak bawa ape, dokumen ape. Kelam kabut aku tengok. Malam tu aku berani kan diri drive keluar ke Kuching nak jumpa sedare aku ni yang menginap di hotel. Tapi, aku memang tak pernah drive keluar dari Unimas sebelum ni apatah lagi ke Kuching, jadi aku bawa anis teman aku pergi dan balik. Dahla malam tu hujan. Malam tu first time la aku bawa kereta keluar nak jumpa sedare punya pasal kan. Tibe2 masa drive mama kol. Omg! Nasib baik mama tak marah. haha. Then malam tu aku bawalah sedare aku pergi makan Ayam Penyet disebabkan pada masa yang sama aku tak makan lagi. Lepas dari tu pusing2 Kuching, stop sini snap photo, stop situ snap photo.


 Macam aku pulak yang first time datang sini kan.haha. Ni malam yang esok paginye Germany kalah! what the fish! dah semangat pakai jersi dah! Esoknye kena ngan abg ngah ngan pak yop sebab Italy menang. huh! Tapi takpe, nasib baik empat2 orang atas ni MU! ahaha



Esok pagi sabtu aku ambil sedare aku ni kat Uitm. Banyak bende tak settle lagi. Risau aku tengok. Memang susah betul bila kita dapat tawaran last minute ni, last minute jugalah yang kita tahu nak buat ape, ape yang takde. Itu takde, ini takde. Kalau jihah sama U ngan aku takde masalah punye, ni U lain, takut lain pulak procedure nye. Berkesempatan jugalah aku ronda Uitm dalam tu. Dalam hati aku cakap UNIMAS aku lagi best! haha.


 My cousin, jihah yang kecik molek 


 turun naik bangunan nak buat pasport. last minute punye pasal sampai tak tahu nak kena buat pasport kalau jadi student kat sini. nak buat kat semenanjung tak sempat.



Nak settle itu ini yang penting2 dulu sampai ke petang. Bermandi peluh ke sana ke mari macam minakumari. Semua perut dah berkeroncong nyanyi lagu ghazal, rock, balada apa semua. haha. Yang abg ngah aku tak habes2 sebut The Spring. Nak sangat pergi aku bawakan ha! tapi sorryla abg ngah your feberet Top Man tiada di sini. Pesan aku kat dia, ambik pengurusan hartanah kan, so nanti beli tanah buat topman sendiri kat sini. Nak buat jenama sendiri pun boleh. haha


 Abg ngah aku


 Kalau tiru gaya orang memang suka





 papan tanda kat situ tulis 'try me'. So, abg ngah dan jihah try la. ada sama ka?


 bapa sedare aku, pak yop yang sporting habes. haha






 Yang ni sebijik muka abg long. Sejak bile pulak lah abg long buat part time jd ni? haha


 3 beranak. Mak yong dan kak long tak ikut sama.


 Aku pun nak juga! Macam betul je diorang ni .haha


Baju untuk Amanda. cucu pertama pak yop bersamaan dengan anak buah sedare aku yang pertama belah mama. hamboi panjang bebeno~~~


 Abg ngah nak try laksa Sarawak. Aku bawa kat sini rasa. so, how? haha


Malam tu aku ngan abg ngah tak paham erti penat. Tak leh tido kat hotel tu. haha. Jadi aku ikut abg ngah turun bawah, aku ajak sekali pergi jalan2 di sepanjang waterfront sampai awal pagi. Tempat yang tak boleh masuk pun abg ngah aku sesuka hati masuk. Orang minat photographyla katekan sampai bawa camera bateri lupa bawa. Apakah?? Nasib baik aku bawa.


 Orang pergi siang2, aku ngan abang ngah pergi malam2. Nasib baik orang yang jaga ni bagi masuk tapi kat lua jela..


 Nak juga bergambar! haha


 Pemandangan Hilton dari atas sampan. Ni time nak pergi beli kek lapis di Dayang Salha. Nak ikut jalan darat aku ingat2 lupa. kang tak pasal2 sesat terlepas flight pulak pak yop dan abg ngah aku nanti.


Sementara nak tunggu klinik buka nak buat medical check up, aku singgah kat Seberkas. Abg ngah aku minat gadget, pegi tengok2 samsung itu samsung ini, sony itu sony ini, nokia lumia nokia ape ntah. Semua yang baru2 lah. Dalam banyak2 yang aku tengok ngan abg ngah tu ade juga yang aku minat. Minat jela yang aku boleh. haha. Sebab Sony murah aku ni aku masih sayang lagi. huhu. Aku mencari PS Vista. Takde pulak aku nampak. huhu. Lepas tu pegi karoke kejap hilangkan penat. Abg ngah aku belanje. Boleh tahan juga pak yop aku karoke. Abg ngah aku pun sama bantai lagu cinta kristal, lagu feberet kunun~~~. Aku je tetibe jadi malu nak melalak. Apakah???


Thanks to pak yop sekeluarga bagi aku menginap semalaman di hotel. Ni salah satu hotel bajet di Kuching. Sepertimana pak yop aku cakap Tune ni macam Air asia la sistem die. haha. Tak paham maksud try la menginap di Tune ni. Memang penat berhujan berpanas, jalan situ sini, jam lagi, tambahan pulak first time drive ni. Alhamdulillah, dengan keyakinan selamat perjalanan nak pergi ke sana ke sini. Ade jugalah time aku tak berani nak drive aku bagi pak yop aku drive. Abg ngah aku tak berani pulak bawa manual. haishh. Tapi nak senang aku drive sendirila sebab aku yang tahu jalan. Mana jalan yang tak jam, yang dekat, yang jauh. huh! Dah lepas hantar pak yop ngan abg ngah kat airpot, hantar jihah pulak dengan barang2 die tu kat Uitm. Nasib baik sempat sebelum kol 11 malam. Tu pun banyak lagi tempat yang aku nak bawa, tapi apakan daya, sedare aku datang kat sini bukan nak melancong tapi nak daftar cousin aku ni je. Yang aku pulak bawa sedare aku pergi beli barang sekali jadi tour guide pergi round2 kuching. haha. Teringat abg ngah cakap The Spring dah macam Pavillion KL, yang Seberkas pulak macam Low Yatt. Rumah2 kat sini dah macam kat KL. Kehidupan kat sini pun macam KL. Overall duduk Sarawak ni dah macam KL. Mahal. So, jangan ingat duduk Sarawak ni ingat sumpit, rumah panjang, hutan je ye. haha. Tu memanglah ade. Dah memang itu culture Sarawak kan. Tapi kami ni duduk bandar ok! ok. cukup cerita aku jadi tour guide. Pasni akan jadi tour guide again untuk family and sedare yang akan datang sini. hehe



 =]=]=]




2 comments: