Hello Hello

11 December 2011

Kembara Budaya Sakura






Hai hai semua yang klik dan usha2 blog Mijot ni. 10hb Disember , Mijot ade trip lagi. Kali ni trip dari Kolej Kediaman sendiri iaitu Kolej Sakura (trademark kami) -------> "Kawaii". Trip kali ni pergi dua tempat, Muzium Negeri Sarawak & Kampung Budaya. Dah masuk tahun dua dan lebih kurang setahun lebih belajar kat Sarawak ni, baru kali ni nak menjejakkan kaki kat Kampung Budaya ni. Hanya sempat singgah di tempat sebelah nye aje iaitu Damai Beach. Sebelum ni hanya dengar potpetpotpet kawan2 je tentang Kampung Budaya. Kali ni, aku dah masuk dah tengok. Tapi nak masuk ni kena bayar jugala ikut umur ye. Kalau student ade murah sikitlah. hehe.
Enjoy gambar2 yang belambak ni dulu.... =)



Mai2 pilih2 nak yang mana?? haha.





Group kami ---------->



















Monumen pahlawan2 di Sarawak tapi yang sebelah kanan tu tak tau ukiran gambar ape.
Cantik tak ??? hehehehehe.




Ntah apela Tia buat kat ikan tu.  Paham ke ntah ikan tu.















Tertarik dengan haiwan ni. Walaupun lambat tapi comel. Share2 makanan pulak. sweet je <3



haaaaa.. Patung ikan pun ade. Ni jela ikan yang boleh dipegang dipeluk... haha










Kat dalam Muzium ---> no food, no hp, no camera. Ok, menurut perintahlah juga. Kat lua muzium je ambil gambar. Tengok batu ni macam rupa apa??? ------->


Yang muzium ni nak masuk kena bayarlah tp boleh tangkap gambar auntie tu cakap... Muzium ni jela yang boleh ambil gambar. haiiyaaaa...




Dalam muzium ni ada banyak jenis batu & kayu yang dah berusia beratus2, beribu2 tahun.




Tengok cara mereka ubah suai lanskap kat situ. Batu dan kayu tu berharga tau...













Selamat Datang ke Kampung Budaya. Kalau pergi sini boleh tahu pelbagai kumpulan etnik kat Sarawak ni. Macam mana pakaian, kehidupan, rumah tradisional mereka masing-masing, kemahiran menghasilkan kraftangan dan aktiviti-aktiviti tradisional dan permainan sama seperti nenek moyang mereka lakukan sebelum mereka. Bestlah kat sini. Then, boleh juga tengok persembahan mereka.




Muka excited nak masuk dalam.



Nampak tak tu..... Kampung Budaya ni dekat je dengan Gunung Santubong. Gunung Santubong kat belakang tu diselaputi awan. Meh nyanyi sikit
' Puteri Santubong Puteri Sejinjang, penjaga Gunung negeri Sarawak' ~~~



Nak juga lalu kat jambatan sini. Padahal ade je jalan lain. haha


Muka excited. Bak kata yang baju pink tu , jakunza, jakun sebelum ni tak pernah lagi naik titi buluh ni. haha



Yang kawan2 aku dok posing kat tempat ni adalah tempat nak lenyekkan tebu yang keras tu...


Yang ni adalah rumah pahlawan Bidayuh. Nampak tak benda yang aku pegang tu. Comelkan. Dibuat dari tempurung kelapa. Hasil kraftangan dari yang pakar.





Ni alat untuk padi. Seronok main alat ni. Siap boleh menari sekali. haha



Hasil2 baju yang dijahit oleh orang bidayuh.


Tu dia. Kat sini mereka panggil kuih yang rupa macam bunga mawar tu Kuih Cap.




Ni tingkap rumah Iban.



Terjumpa pulak air terjun sesat kat sini. Nak mandi tak boleh, so, main air jela... =)


Jom main sumpit......


Abang sumpit hensem yang jaga kat situ cakap takde sorang lagi pun yang sumpit kena tin yang kat atas sekali tu. Kalau kena, dapat hadiah. Tia try, at the 3rd sumpit she got it. haha. Terdiam abang sumpit tu. Last2, hadiahnye duduk situ ganti die 3hari 2malam then pakai cawat cam dia. ha??? hahhaa.. just kidding.



Tu ha abang sumpit hensem yang disukai ramai... hahaha


Di dalam rumah orang Ulu.



Menjual cucur bandung , Tapioca cookies. Memang sedap. Rugi kalau tak cuba =)


 


Melawat rumah Melanau pulak.



Tau main bende ni?? Kalau salah step memang tersepitlah kaki kau...



Jumpa kak Pia, juru tari Citrawarna Kolej Sakura =)

 Rumah orang Melayu Sarawak
 

Makcik ni jual bahulu. Bahulu nya kecik comel je. Lembut dan sedap juga.



Kat depan rumah orang Cina. Tu pokok lada hitam. 


Wahhh.... Aunty ni nak lawan senyuman aku ke? Lebar senyumannya tu, kalah aku... haha .. Speaking pun terer wow!!! 














 ......................... Takde tiket tak boleh masuk


 Show time kat Kampung Budaya.



Hamboi... Semua dok riuh dalam panggung tengok abang sumpit hensem ni keluar menari & buat persembahan. Banyak betul peminat dia. Gimik je lebih .. haha














Banyak lagi yang menarik kat sini. Overall memang best trip ni walaupun penat berjalan, cuaca panas, berpeluh ape semua. huh. Teruja pun ade sebab sebelum ni tengok etnik2 Sarawak kat Tv je kan. So, jomlah ke Sarawak kenal budaya dan masyarakat kat sini macam mana. Tak kenal maka tak cinta uuiitt. Walaupun aku bukan orang sini tapi aku bangga o0o0o0o0o0oo duduk sini. Sarawak negeri kedua kesayangan aku. I Love Sarawak yaw <3. 


Jom layan lagu ni =]






=]=]=]








5 comments:

  1. salam....

    sungguh teruja melihat gambar2 dlm entri ini..

    ReplyDelete
  2. hehehehe... mai lah dtg cni... =]=]=]

    ReplyDelete
  3. I will be entering Unimas soon...
    And I will surely come here! Bestnyaaa dapat kenal etnik2 di Sarawak!
    Loving your entry sis :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. chacha: Welcome to Sarawak and Welcome to Unimas my junior! Bulan Sept kan? So, which kolej and faculty are you? Hope to see you there =)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete