Hello Hello

08 October 2011

Mentor Mentee 1st Year


Lagi satu aktiviti untuk 1st year student dalam bulan ni iaitu Mentor Mentee. huh. Kali ni agak kelam kabut dibuatnya. Disebabkan name list Mento Mentee lambat dikeluarkan dari pejabat, kerja2 kami semua kena buat last minute. Yelah, dari name list tu lah nak tau berapa orang semuanya student 1st intake + 2nd intake, dari name list tu juga lah nak tau berapa bungkus nak order makanan, dari name list tu juga lah nak tau berapa student yang tak boleh datang, dari name list tu juga lah nak tau siapa lagi student yang belum bayar lagi duit Mentor Mentee kat aku. huh!. Memang disebabkan name list tu effect semua kat kami yang exco2 ni. 

Dah lah aktiviti ni President & Vice President tak ada. Ada hal due2nye. Mengharapkan project manager untuk aktiviti ni & kerjasama dari facillitators dan exco2 yang lain. Name list tu juga lah kami tak tau lecturer mana yang boleh datang dan tak boleh datang. Dalam senarai tengok sesetengah lecturer ni tak datang tetiba terpacul je masa aktiviti tu. hahah. Tak boleh aku bayang kan betapa kelam kabut nye setiausaha menyusun name list tu balik, dan masing2 ade lagi yang tak kenal lecturer yang mana satu. Nasib baikla ade orang bawa buku panduan fakulti masa tu. adoi.... 

Pagi tu mula2 suai kenal antara mentor dan mentee. Lepas tu aktiviti antara mentor dan mentee pulak. Masa aku ambil gambar sini sana, gelak aku sorang2 tengok gelagat mereka2 semua tu. haha. Tengahari masa time rehat, ade juga student2 yang selamba lari lepas ambil makanan. haihh. Suke hati je. Tengahari tu memang aku ngantok sangat2. Aku tengok name list student yang dah bayar ke belum sambil tersengguk2. huh. Makin sepet lagi lah mara aku masa tu. Petang pulak aktiviti untuk student je. Lecturer semua dah balik. Aktiviti petang tu memang best. Station game nye pun agak best jugalah aktiviti nye. Hilang ngantok aku tengok gelagat mereka2 yang lawak. hahhaahaha. 

Yang baju biru tu our advisors of PERTEKMA


Salah satu group Mentor Mentee



exco2

Salah satu group yang menang aktiviti pagi tu

Ni bukan main judi tapi permainan yang berasaskan nombor. 
Lecturer pun perah otak juga main ni. haha

Aktiviti petang tu

Our MPP

Air mineral UNIMAS. Warna biru botolnye. haha


  
Student yang tinggal petang tu....



Overall, walaupun rasa kelam kabut + penat + ngantuk tapi best la juga. Jadi exco kena bersedialah kan dengan situasi macam ni. Malam tu banyak post2 yang baik dari students pasal aktiviti tu kat FB. Semuanya have fun. Tapi siapa yang tak menunujukkan respon yang baik yang boring je, sorila ye. Kepada student yang balik awal tu, rugi lah korang tak join aktiviti petang tu kan. haha. Satu je lagi yang aku tak puas hati, DUIT ADA LAGI YANG TAK BAYAR LAH !!!. dah banyak kali bagi announcement tapi still lagi ada yang liat nak bayar. huh. Aku nak semua fair and square. Tak fair lah kan ade yang dah bayar dan ade yang tak bayar lagi. Setengah boleh bayar kenapa setengah lagi tak boleh bayarkan. Maaf korang semua, aku akan minta selagi ade lagi yang tak bayar. 

CONGRATULATION di atas kemenangan Peserta Nasyid UNIMAS yang menjadi JOHAN dalam pertandingan nasyid kat Ump. Congrates to our vice precident, Am, yang sama2 mewakili peserta nasyid.

Tolonglah bayar duit korang2... hehe =]=]=]




No comments:

Post a Comment