Hello Hello

02 October 2011

Itu Ini dalam sebulan

Seminggu dah aku senyap kat blog ni. Tak macam bulan2 yang lepas2. Rajin je mengupdate. 
Rasa macam dah nak dekat sebulan dah menjalani kehidupan sebagai pelajar Tahun 2 Sem1 di FIT. Still lagi rasa macam student Tahun 1. Tapi bila lihat suasana sekeliling aku, kadang2 tu tersedar dah masuk tahun & sem baru. Sebab di  sekililing aku banyak yang baru & berubah. Kat Unimas ni, bangunan fakulti baru, dewan kuliah baru, dewan Unimas baru, jeti baru, student Pavillion baru, cafe baru. Dan dah nak dekat sebulan juga lah, sejak aku tinggal kat bilik yang dah jadi kecik ni susah nak makan. Bukan aku je, student lain pun sama tambah2 lagi student baru yang baru masuk kat sini dah mula rasa susah nak makan. Padahal cafe kat sebelah kolej je. Bilik aku pun menghadap ke cafe. Agak2 aku malas nak turun, aku jerit order dari tingkap pun boleh. haha. Tapi aku tak pernah lah buat macam tu kan. Ni disebabkan renovation & binaan Student Pavillion yang baru kat tempat cafe lame ni. wahhh!!! Nak ade pavillion juga. Tapi takdela macam pavillion kat KL tu kan. Bila lah nak siapnye. 

Dari sem lepas lagi tak siap2. Memang nak makan bagi aku susahla. Kolej2 lain memang ade cafe juga. Sudah tentula ramai, kene berbaris lagi, tunggu lagi. Aku memang tak suka tempat yang ramai sangat orang pastu tunggu lame2. Sebab aku suka kejar masa. Aku rasa kalau aku buat macam tu dok tunggu lame2 memang buang masa. Serius aku cakap dari mula aku datang sini sampailah ke hari ini, hari2 aku makan kat lua. Banyak keluar kot, sebulan ni dah berape dah keluarnye. Lunch, makan petang & malam. huh. R.J Ayam penyet, J&J Restaurant, AVS, kedai mamak, Warung 2000,  Singapore Chicken Rice, Sugar Bun, KFC, ape lagi. Tu lah yang selalu pergi. huh. Dah la aku ni cepat lapar kuat makan. Nasib baik la kawan2 yang rapat ngan aku, selalu bersama dengan aku sem ni dah ada kereta masing2. Roomate aku pulak baru je dapat kereta baru. Yang ade kawan aku lagi sorang ni beli kereta kat sini sebab dia dah duduk kat lua. Adui. Bila lah nak buka cafe ni, asyik keluar je bila nak duduk kat biliknya. Lepas keluar, pergi fakulti sibuk dengan duit, kutip duit, mintak duit. Pastu kat kolej latihan menari. Pastu assignment, tuto.  oh my ! 

Sejak pengambilan intake baru yang banyak ni, memang nampak la perbezaan dari sem lepas dan sekarang. Bas penuh berhimpit ngan student, pergi cafe tu ramai orang, cafe ni ramai orang, tempat tu penuh orang, tempat ni penuh orang, semua tempat ade orang. Kadang2 bila pergi satu tempat tu mesti ingat tu mesti student intake baru, padahal senior kot! hahaha. Sekarang ni pun dah ramai yang duduk lua. Ade yang jalan kaki pergi ke kelas. Tapi yang makin nampak ramai yang pergi kelas naik basikal. Termasuk ramai juga kawan2 aku yang beli basikal kat sini. Basikal2 juga. Fixie2 juga. ehem ehem . Terbatuk pulak.








OK! Semalam hari yang paling aku tak suka. Dah elok2 aku dah confident, dah ok sihat badan, sihat otak, sihat ingatan, sihat kepala ape semua, jiwa kacau datang balik dek kerana ternampak dua roda tu!!! oh my!!! Dah la kat jambatan, lagi la kan. Jambatan tu jadi saksi yang dulu dan sekarang. huh. Dah macam apa aku kat atas jambatan semalam. Nasib baik ade orang lalu lalang kat situ, cover sikit buat2 relax. Sampai jidan cakap aku dah macam orang gila petang semalam. Malam pergi keluar makan cadang nak tengok bola, MU! MU! MU! sampai habis sekali, tapi mood tarak macam mana mau tengok ma. Dalam perjalanan balik, Astaghfirullahalazim................ nampak lagi. Memang dugaan betul, menjerit tak keruan dalam kereta. huh! Aku tak boleh lupa lagi bende tu sebab aku pun dah interested ngan bende tu sebab sipolan tu la. Oh Kekuatanku! Di mana kau ha???

 Dan sekarang aku perlukan mama aku kat tepi aku, berdamping ngan aku. Mama I need you like 4 months ago =(=(=( ~~~ Konklusinya, aku mesti selalu ngan kawan2, menbusykan diri dengan tanggungjawab aku kat fakulti, aktiviti kolej, study, dan aktiviti dengan kawan2.  =]=]=]

No comments:

Post a Comment