Hello Hello

15 August 2011

10 K dalam PERSAHABATAN





KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Sebab itu, kadang2 perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita.


KESETIAAN terhadap seorang sahabatmampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.Apabila kita setia terhadapnya, kita akan diingati oleh mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.


KASIH SAYANG kadangkala tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar mendoakan untuk sahabat2 kita, insya-Allah itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.


KEBERANIAN dalam berkata benar. Jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesalahan yang dilakukan.


KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas kita bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang keran keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.


KEJUJURAN. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa2 dari sahabat kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar2 perlu dirahsiakan. 


KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar mana pun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya.


KEGEMBIRAAN. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat2 tercinta. Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua. 


KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.


KESERASIAN. Dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah paham. 

=]=]=]

4 comments:

  1. salam...

    sangat suka entri ni....betul apa yg penting kejujuran..tanpa kejujuran semua tak berguna lagi..

    ReplyDelete
  2. 10 K. insyAllah akan apply 10 k ini. :) nice entri ^_^

    ReplyDelete
  3. hehe... jgn down ag mcm entry kamu sblum ni eh.. sometmes we need frens to share smthng ... =]=]=]

    ReplyDelete