Hello Hello

19 August 2011

20 Faktor Si Pria Boleh Dipercayai




Konsisten 
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu, apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘ menjerat ‘ kamu. Siapa tahukan.

Boleh dikawal  
Perkara2 yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu2 dengan cara kamu.

Komitmen  
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani memberikan komitmen dan bersungguh2 dalm perhubungan, tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing2 akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ia akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Kejujuran  
Jika kamu dan si dia jujur, ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ia juga untuk kebaikan bersama. Walaupun  ada kalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing2 ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Terima seada-adanya  
Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara2 negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap2 yang disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan.

Saling memahami 
Mereka juga menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja, bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengerti dan menganggap diri kamu tidak dihargai. 

Simpati 
Simpati adalah usaha memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara2 yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Diyakini 
Bila rasa yakin, kamu boleh member pandangan bersama si dia. Baik dalam hal2 remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun  tidak .

Perbezaan pendapat  
Memanglah tak dapat lari daripada perbezaaan antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing2.

Elakkan dendam  
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ia akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Berfikiran terbuka  
Jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Tulus dan jujur 
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata2 yang sedap didengar dan senang difahami. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Tak selalu didampingi  
Bukan semua orang menyenangi kekasihnya sentiasa di sisi. Ada juga yang inginkan kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan2 dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Jauh di mata dekat di hati  
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apa pun  teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Persamaan  
Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Tak saling menyalahkan  
Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Hormat-menghormati 
Kamu harus menghormati si dia begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Penghargaan 
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat menghargai kasih dan dirinya. Apa pun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa hargai perasaan dan dirinya.

Bukan materialistik  
Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ia terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Perancangan bersama 
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk mejamin kebahagiaan. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecap kegemilangan dalam perhubungan.



Sumber : dara.com

2 comments:

  1. wahh. nice sharing. tips free neh ! tapi mr right da ade sume tuh. tettt ~~ sangat annoying ! hahah

    btw, jemput join segmen mr right ye(:

    http://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/segmen-kibarkan-jalur-gemilang-di-blog.html

    ReplyDelete