Hello Hello

22 August 2011

Macam2 dah nak raya ni

Salam Ramadhan yang ke-22. Alhamdulillah.... Lagi beberapa hari lagi menjelang raya. Nak ingat raya je, tapi ibadat kepada Tuhan jangan lupa pulak kan. Tambah2 lagi beribadat segalanya untuk mencari malam Lailatul Qadar. 

Hari ni aku suka sangat sebab dah tak payah susah2 nak ingat pasal lesen. Semuanya dah selesai dah. Lambat betul nak dapat lesennya pun. haha. Ni namanya lesen last minute. Lesen Raya =). Ok, dah tak nak cakap pasal tu. Nak cakap pasal moreh. 

Masa mula2 bulan puasa memang ada satu, dua je tempahan untuk catering moreh. Bila dah masuk pertengahan Ramadhan, alhamdulillah rezeki Tuhan bagi lebih sikit. Dah bila nak dekat2 raya ni memang ramai yang kol, mesej nak tempah catering moreh. huh. Hampir setiap hari start dari pagi sampai malam telefon akan berdering. Sapa lagi kalau bukan aku lah yang asyik mengangkat telefon tu kan. Aku dah pesan kat mama and ayah aku cukuplah terima tempahan tu sampai hari jumaat ni. Bukan aku nak suruh mama ayah aku tolak rezeki atau apa tapi biarlah ada masa untuk mama dan ayah aku berehat. Kadang2 aku dah jemu tengok lauk2 yang sama mama aku masak. Mama aku nama je masak lauk moreh tapi setiap kali juga pergi bazaar borong makanan sebabnye mama pun cakap dah jemu makan lauk2 yang mama masak. hehehehe. Ayah aku je yang tak jemu2. Memang dasyat kalau masakan tu dari air tangan isteri sendiri kan. Tapi lepas aku dah pesan macam tu, mama dan ayah aku lebih memahami dulu dari aku. Memang ade tempahan2 yang ditolak. Maaf ye pakcik makcik, cikgu2, pak imam tok kadi semua yang menempah tapi ditolak.

Dan ade juga yang dah menempah dulu catering untuk majlis rumah terbuka lepas raya nanti. Owh, mintak maaf ye. Tempahan itu akan dibuka dan diterima selepas 8hb Sept sahaja iaitu selepas saya, Hamizah Anuar anak kepada En. Anuar dan Puan Teh balik ke Sarawak. Nak puas2 raya ngan saudara mara tambah2 lagi ada saudara nak buat kenduri pulak masa raya tu. =)

Dah nak dekat raya ni, adik je yang boleh dikatakan dah lengkap semuanya untuk raya. Aku? Baru sikit. (memang aku seorang kakak yang kuat jeles). Nak lagi boleh tak mama ayah? Macam tak biasa pulak aku ni shopping last minute kan. Ok, sabar2 sebab adik dah lengkap, aku belum lagi. So, lepas ni kalau shopping pergi tempat2 aku je, tempat adik tak payah. hehe. Hari tu ayah mama dah bising2 beli baju lari tema. Haihh, nama warna memang dah sama cuma aku nak kontra gelap sikit je. haha. Nanti tangkap gambar mesti cantik punya. cewahhh !!!. 


Menghitung hari nak Raya. Seronok! Tapi bila dah nak raya ni teringat dah nak balik Sarawak. Owh tidak!!! Cepatnya masa berlalu ~~~  =]=]=]

3 comments: