Hello Hello

11 August 2011

Resah



Gelisah alah resah ~~~ duduk di amboi sakit rindu ~~~ mengenang alah tenang junjungan kalbu ~~~. Tak taulah lagu berentakkan etnik sapa ni aku nyanyi je. Mesti nak nyanyi aku ni. Ape yang terlintas lagu kat kepala, nyanyi je tak kira sedih or tak sedih cam orang happy selalu je aku ni. haha. Orang memang selalu nampak aku happy pon. 

Nak ceritalahkan, sejak dari minggu lepas lagi aku rasa macam tak sedap hati je, resah je. Mood nak update blog pun takde. Tak taulah nape. Tapi aku biarkan je perasaan tuh. Tup2, hari ahad lepas masa aku on9 Fb, ade kawan satu kolej kediaman aku kat Unimas post something kat wall aku. Ayatnye berbunyi macam ni , ' Hamizah Anuar....ko da kol kolej x?...diorg da rombkn utk kolej kta x?xmoh aku dok luar... haa??? mood aku time tu terus berubah. Terkejutla kan. Apsal pulak nak rombak2 balik? Hari tu da cakap sape yang cukup 15 merit atau lebih memang dapat kolej. Tapi ni lain pulak jadinya. Kenapa nak rombak??? Kenapa??? Dah elok tenang fikiran, dah tak payah fikir pasal kolej kediaman, ni jadi balik macam tahun lepas. Ntah dapat atau tak. emmm. Masalah lagi timbul. Aku tanya kawan yang ni cakap tak betul, bile tanya kawan yang itu cakap mungkin. Yang mana satu ntah. Nak kena balik fikir pasal kolej, tapi perlu ke aku nak fikir cari rumah sewa?. Yelah, ready takut2 tetiba pulak nama aku kena buang kolej. Bukanlah aku nak mintak macam tu tapi aku awal2 plan lah. Macam mana nak cari rumah sewa ni sedangkan kawan2 aku yang ramai dah kena buang kolej tu, sampai sekarang ade ramai lagi yang tak dapat lagi cari rumah sewa. Bile tak dapat cari lagi umah sewa nak booking tiket flight bilenye, sebab kalau dah sampai sana tak dapat kolej nak tidur kat mane kan.  Memang kesian. 

Memang ramai yang tak dapat kolej untuk sem depan sebab nak bagi tempat kat student intake baru nanti. Ada seorang senior ni post pasal intake baru kat satu group aku. Dalam post tu ade mengatakan bahawa seramai 3700 student yang telah terima tawaran ke Unimas dan mungkin akan menjangkau 4000 student. Bilangan student tahun ni adalah hampir dua kali ganda dengan intake aku tahun lepas. wow!!! banyak tu!!! Masa intake aku tahun lepas sikit sebab ramai yang tolak tawaran ke Unimas. Patutlah kali ni banyak student yang kena buang kolej.  haihhh. Student yang dah dalam senarai dapat kolej ni akan kene rombak ni kan pulak dengan nama student yang ada dalam waiting list mesti ade yang kena buang punya. huh. Aku harap kolej kediaman aku takde nak buat rombakan dan still dengan keputusan yang dulu.

Nak cerita pasal rumah sewa, memang ade rumah sewa kat sana. Ade juga kawasan perumahan yang baru buat aku tengok sebelum aku balik semenanjung hari tu. Cuma dekat dan jauh nak pergi Uni, mahal dan murah je nak bayar. Dalam Fb pun ade juga senior2 yang bagi maklumat tentang rumah2 sewa ni untuk dieorang yang tak dapat kolej. Tapi aku rasa macam taknak duduk luar. Better duduk kolej sebab lagi senang. Mama dan ayah aku pun cakap macam tu juga.

Ye. Aku tau, zaman Universiti ni lah kita belajar erti kebebasan, berdikari. Tambah2 lagi pada student yang belajar jauh2 tak kira lah kat luar negara atau dalam negara. Macam aku juga yang dah setahun belajar di bumi kenyalang. Bila dah dapat susah, dugaan macam2 tempuh kenalah pandai2 selesaikan sendiri. Pasal kolej ni aku tak boleh nak cakap apa, just tunggu je keputusan pihak kolej dan pihak U. Mungkin pihak U buat macam ni ade sebab. Harap2 aku balik sana nanti, adelah satu bilik untuk aku pihak kolej bagi. Tak bagi bilik aku dulu pun takpe, asalkan aku dapat kolej sem depan. Tapi moga2 lah kolej aku tak buat rombakan eh =).

Mama tegur aku cuba jangan fikir sangat kena buangla, cari rumah sewala, apela, bla bla bla.... Yakin kan diri akan dapat kolej. Doa je banyak2. Tu lah, kan dah kena ngan mama, ngadu lagi, bising2 lagi. Tapi betul juga cakap mama tu, kena yakin, lagipun merit aku pon dah terlebih 15. 
Aku berharap sangat =]=]=]


4 comments:

  1. salam..

    kadang2 keputusan yg dibuat byk menyusahkan..

    ReplyDelete
  2. wslm... ye.. kadang2 byk sgt keputusan akn buat org len ssh jg... =]=]=]

    ReplyDelete
  3. terpakse la tido kat damai beach..haha ;p

    ReplyDelete
  4. adoi aizadalias , spe nk tlong byrkn..... huhuhu =]=]=]

    ReplyDelete