Hello Hello

11 July 2011

Isu berat badan

Dulu, kini dan sekarang sama saja soalan. Underweight, kurus, keding, papan, bla bla bla. Keluar dari mulut kawan2, cikgu2 & siapa2 yang mengenali diri ni. haha. Dah biasa dengar, wa talak helan sudah =). Aku tak diet, tak mengambil diet dan tak mengamalkan diet. Aku tak boleh buat semua tu. Sebab kalau aku buat, pemakanan aku dalam satu hari tu rasa macam tersekat. Dalam family aku pun takde istilah diet, makan itu mesti. Lagipun hari2 mama aku masak lauk untuk orang kan. Kalau tak makan memang mama atau ayah akan marah. Kalau bab makan memang laju je. Walaupun kuantiti makanan aku yang aku makan dalam satu masa kadang2 sikt, tapi aku makan setiap masa.  Lagipun bila lagi kita nak makan itu ini masa  kita sihat ni masa kita muda ni. Nanti kalau sakit dan bila dah tua, dah tak boleh makan itula inila, pantang itula inila. Sekarang ni, ade juga yang cepat dapat penyakit dalam usia muda. Bukan nak berlagak, bukan nak bangga diri atau nak heboh2 tapi realiti. Realiti aku maintain walaupun makan banyak. Tapi kalau pasal makan ni kena ingat jugalah. Pilihlah makanan yang berkhasiat. Lagi2 yang dah ade penyakit tu. Banyaklah makan sayur-sayuran & buah-buahan =).

Hari ni memang kene ngan sorang mamak ni. haihh.. Aku ajak mama pergi kedai tu sebab nak beli roti. Aku kan suka makan roti coklat Gardenia. So, aku beli roti coklat yang harge 70sen tu 3, yang 90sen tu 2 dan roti coklat ade kismis yang RM4.20 tu satu. Ni cukuplah sebagai makanan segera aku kat rumah selama dua atau tiga hari. Pastu aku beli aiskrim coklat 4. Bila mama nak bayar die cakap macam ni kat mama, 'Ni saja ka u mau beli? Barang lain takde? U slalu beli banyak barang'. Mama aku jawabya.'Takda len barang, anak I saja yang mau beli, die mau ni saja'. Mamak tu cakap balik, 'Aiyooo, ni saja ka? Patutla badan macam tu. I banyak kasian tengok die lah, macam orang tak makan. U tak bagi makan die ka?'.(dalam hati aku sabau jela dengar). Mama aku jawab, 'Bukan tak bagi makan tapi memang badan die macam tu, bukan masalah die tak makan atau kurang makan, die banyak makan tapi badan die tak mau naik2'. Dalam hati lega sebab mama tolong jawabkan tapi yang buat aku tetibe menjerit kat kedai tu sebab lepas tu mama cakap, 'Dia belajar kat sarawak sana pun die banyak makan, tapi kat sana die makan ulat pokok yang boleh makan mentah2 tu'. Haaaa!!!!!!!! Memang aku menjeritla. Kunun2 mama saje nak melawakla kat kedai tu. Orang2 yang kat counter tu memang gelak la. Termasukla sorang abang ni. haihhh. Blushing2 aku tadi. Aku wat bodo je. Relax2 sudaaa. haha.

Persoalan sekarang, kurus sangat ke aku ni?. Kat badan aku ni still ade lemak aku rase. Yang kat lua sana tu ade lagi yang lagi keding dari aku. Ade salah satu kenyataan akhbar kat metro mengatakan bahawa tak semestinya orang kurus takde lemak. Lepas ni ape lagi mau coment? haha. Actually, aku tak kisah orang nak cakap ape kat aku, nak cakap keding ke papan ke tiang ke lurus ke ape ke. Tak marah pun. Dah biasa dah. Tambah2 aku sekarang dah belajar kat Sarawak. Lagi la kene main macam2. haha. Tapi nanti kalau aku da berisi jangan terkejut dan tak kenal aku pulak ye. haha.

Aku pernah berisi dulu. Masa aku kat matrik Gopeng. Yang jelas aku berisi masa aku sem 2. Memang naik berat badan aku tapi still dalam lingkungan underweight juga =). Yang aku dan mama aku perasan, bila berat badan aku naik, muka mula jadi tembam atau chubby sedikit dan dan dan dan bila pakai seluar jeans rasa macam tak muat (paham2 jela tang mana). hehe =) ...
ce tengok ce tengok =]=]=]


ni masa lepas SPM, sebelum masuk matrik


masa sem 1 kat matrik



muka dah mula nak tembam, ni masa pertengahan sem 2 kat matrik


ni memang nampak lah perubahan sikit, masa study week sem 2



yang ni masa exam PSPM 2


ni da masuk UNIMAS masa MAP


sem 2 kat UNIMAS


Masa cuti sem 4bulan ni camnilah aku


Yang kurus nak jadi tak kurus, yang tak kurus nak jadi kurus. Maaflah jikalau ade yang terasa tapi macam tu lah manusia sekarang. Tak kiralah kita ni besar atau kecik, gemuk atau kurus, muda atau tua, KITA HENDAKLAH SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG TUHAN DAH BAGI KAT KITA. Kita kat dunia ni hanya sementara. =]=]=]

No comments:

Post a Comment