Hello Hello

15 July 2011

Jumaat Syukur ...

Salam hari jumaat. Lepas solat jumaat, kami semua balik kampung belah mama kat sitiawan. Tapi sebelum tu, singgah rumah opah kat padang tembak nak hantar pulut yang mama buat lebih tadi. Masa on the way nak pergi rumah maktok, kereta kami race dengan sorang mamat yang naik motor besau ni. Ayah aku bawa punya laju sebab nak kejar mamat ni. Bila dah dapat potong mamat ni, mamat ni pulak yang potong balik. haisshhhh. Potong memotong antara ayah dan mamat tu. Lama jugalah, last2 mamat tu dapat pecut dan terus hilang. Ayah pulak tersekat kat belakang lori bawa batu. haha



kantoi cermin kereta kotor. haha. Sorry bro, I tau U nampak I snap U banyak kali, tapi bapak I yang suruh. =)

Sampai kat kampung, mama je yang balik dan PakTam. Adik beradik mama yang lain tak balik sebab semua jauh2. Mama yang paling terdekat dan selalu diharapkan. Lagipun mama pun tumpang sekaki nak wat kenduri kesyukuran dengan maktok. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Malam tadi juga balik sebab esok ada tempahan makanan dari bapak Kuya. Aku nak pakai inai pokok pun tak jadi hari ni, sebab tak sempat nak kutip dan maktok pun tak sempat nak gilingkan. Takpe, mungkin lain kali. huh


sebelum kenduri sempat lagi ayah melayan si gemok ni main. Perasan tak mainan camni ada kat cerita UPIN&IPIN tu... 


Gemok & Akhil Zafran 

Alhamdulillah. Syukur nikmat Allah bagi. Semoga Allah memberkati doa2 kami. Amin...... =]=]=]

No comments:

Post a Comment