Hello Hello

06 July 2011

Rabu yang ........

Kedai makan ayah tutup hari ni. Bila mama dan ayah ada kat rumah, memang rasa macam nak tidur je. Mata asyik ngantok je sebab kerja kurang nak buat kat rumah. hehe. Tapi masih lagi boleh tahan kan mata ni. Hari ni ade pasar malam kat Padang Tembak. Dekat ngan rumah opah aku juga. Rasa macam dah lama tak pergi pasar malam kat situ. So, aku planning ajak mama dan ayah nak pergi rumah opah. Lagipun aku rindu kat opah dan atuk walaupun baru ahad tadi dah jumpa kat kedai makan. 

Dah lepas memborong makanan kat pasar tadi, makan berjemaah pulak ngan opah dan atuk. Tetiba panjang umur abg long datang membujang je kat rumah opah. Bila dah semua yang banyak2 cakap berkumpul memang riuh lah dalam rumah tu walaupun beberapa orang je yang ada. Macam2 story mory keluar. Lepak sampai malam. Tetiba keluar pulak soalan dari abg long, 'eh, kamu still lagi berkawan dengan anak ----- tu?'. Aku terdiam sebab tengah fikir anak  ----- mana?dan siapa?. Owh... setelah beberapa minit, aku jawab still lagi berkawan je. haihhh. Mama pun ade ditanya juga dan menjawab dot dot dot. haha. Aku dan mama hanya tersenyum sesama sendiri =). Kenapa mesti timbul soalan itu?nama itu?orang itu? Tapi tak salah kalau bertanya. Biarlah orang nak bertanya kan. Kalau cerita tentang aku mesti jadi topik. Cepat je tersebar. Sedara2 yang lain2 pun aku rasa ade yang dah tahu tapi tahu dalam diam. Lepas ni kalau berkenalan ngan siapa2, diam2 sahaja.  Kalau serius betul baru cakap bak kata mama. Ni da tak sungguh2, orang tanya ape nak jawab?. Aah kan. Betul juga tu kan. Ok, lepas ni HAMIZAH ANUAR TIDAK AKAN MENGULANGI KESILAPAN INI LAGI ! I PROMISE ! =)






Opah & atuk memang suke bergambar juga.. nice... =)

 Kebetulan, tangan mama bengkak dari pagi tadi tak tahu pasal ape, jadi bak kata ayat orang2 tue2 ni, mama nak mintak 'ketemeh' dari jiran opah. Tak tahulah macam mana nak explain maksud perkataan tuh. Yang pernah dengar tu tahulah. Aduh, macam bengkak je aku tengok tangan mama aku tadi. Alamak, macam mane ni? Macam mane mama nak masak sedap2 esok ni? Tak kan aku??? haha. Tetiba rasa sakit pulak perut aku ni masa nak balik. Sebelum ni aku makan banyak elok je. Maybe perut aku dah mula tak selesa dengan masakan orang lain kot. haaiiihhh. Memang banyak songeh betul Hamizah Anuar ni. 

Bila dah sampai je kat rumah, semua gelap. Macam takde elektrik. Memang betul. TNB kat sebelah rumah aku ni rasanya dah 3hari beroperasi tong tang tong tang dari subuh sampailah ke tengah malam. Aku pun tak tau ape yang dipolahkan sidak ya. Berklaka Sarawak pulak aku ni. haha. Bak kata ayah aku, dieorang tengah buat Transformer baru kat TNB tu. hahahahhaha. Gelak guling2 aku dengar. Suka suki je ayah aku cakap camtu. Yelah, ape tak nye, siang malam bunyi enjin itu, potong ini, korek itu. Macam dieorang semua tu tak tidur malam. Lepas tu kadang2 elektrik takde, dieorang tutup sebab nak buat kerja pemasangan. Sampai bila lah nak habis kerja dieorang tu? Takpelah, semoga berjaya dan kerja anda semua cepat siap. Aku dah tak tahan kadang2 bau asap2, enjin2 yang keluar tuh. Sorry to say this =) ........

Esok ade kelas di Driving School....
Jalan raya jumpa esok yah !!!
Selamat Malam Dunia =]=]=]

No comments:

Post a Comment