Hello Hello

19 June 2011

Kat rumah jelah

Hari ni dalam Fb dan Tweet semua post wish untuk ayah masing2. Ok saya dah post malam tadi. Hari ini juga kedai makan ayah dan mama buka. Start semalam buka setelah boleh dikatakan dah setahun lebih tak buka. uuuiiihhhhh. Lama tu. Memang lama sebab mama dan ayah pun ada wat bisness lain macam catering, mama amik tempahan lauk pauk orang, tempahan makanan bungkus dari sekolah2 dan tempahan kuih. Orang pun takde nak tolong kan. Siapa yang di Teluk Intan ataupun yang nak datang Teluk Intan jangan lupa singgah2 lah kat Kedai Makan Bumbung Biru No 36. Kedai makan yang kat Menara Condong tuhh(promote2). Hari ni mama masak lauk pauk untuk kedai banyak sikit dari semalam. Lunch aku pun pelbagai lauk lah yang aku amik. hehe. Aku tak ikut tolong mama dan ayah kat kedai, taknak. Nak duduk rumah je. Aku duduk rumah pun bukannya aku makan tido tanpa buat kerja satu pun, aku pun ade bende juga nak buat. Aku pun tak tolong sangat mama aku masak kat dapur tu sebab mama ada upah orang juga untuk tolong buat itu ini kat dapur. Aku tolong potong sayur basuh pinggan je pastu kemas rumah buat itu ini macam suri rumah buat kerja. Menu untuk makan malam pulak just sms ayah. Then nanti delivered lah kat rumah. Memang senang jadi anak orang yang ada kedai makan sendiri. Order je. hehehe

antara lauk2 yang dah dimasak oleh mama

ni juga

menu makan malam kuetiaw pattaya & milo ais ayah masak sedap =)

Malam lepas maghrib, adik nak ikut ayah pergi kedai. So, aku sorang je kat rumah. Masa terbaik untuk aku kat rumah sorang2. Sekarang jiwa tak tenteram kan. Kadang2 hidup ini ingin menyendiri. Tak semua masa kita ingin dikelilingi dengan manusia. So, masa ni lah aku guna untuk tenangkan diri aku =). Alhamdulillah, Tuhan sentiasa ada jikalau kita sentiasa mengingatiNya =).

Tidak lupa juga nak buat entry untuk kawan di FIT, Selamat Hari Jadi TESSA JAMES . Semoga ko success dalam hidup ko =]=]=]

nasib baik ada gambo ko TESSA =)

No comments:

Post a Comment