Hello Hello

22 June 2011

Tanda2 Lelaki Menolak Cinta Kamu

Wahhh.... aku macam nak tahu sangat ape tanda2 tuh. Ni nak kongsilah supaya kaum Hawa terhindar dari situasi ni sebabnya kemungkinan cinta mereka hanya bertepuk sebelah tangan. Macam syok sendiri tuhhh.

  • Bertanya tentang kawan kamu
Si dia kerap menanyakan tentang kawan2 perempuan kamu. Bahkan bila nak keluar meminta kamu mengajaknya untuk keluar bersama-sama. Boleh dipastikan si dia sebenarnya memang tak tertarik ngan kamu. Adalah lebih baik lupakan si dia sebelum hati terlanjur berharap.
  • Mencadangkan kawan lelakinya untuk kamu
Sejak kebelakangan ini si dia serius mempromosikan kelebihan kawannya yang dirasakan sesuai untuk kamu. Kemungkinan ini adalah cara si dia menebus perasaan tidak sedap hati kerana menolak kamu. Jangan terburu-buru menolak tawarannya, tak salah berkenalan dengan kawan yang diperkenalkannya, Siapa tahu, kawannya itu menepati cita rasa yang kamu cari selama ini.
  • Berbeza pendapat
Ketika bersama kamu, si dia gemar membincangkan topik2 yang kamu rasa tidak suka atau perkara yan membosankan. Bila kamu menyatakan perkara2 yang kamu suka, si dia malah menyatakan sebaliknya dan begitulah seterusnya. Berdasarkan sikapnya itu seharusnya kamu sedar bahawa si dia sedang berusaha membuat kamu semakin tidak menyukainya.
  • Selalu sibuk
Si dia semakin susah untuk dihubungi dan memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan bahawa dia sibuk. Mungkin dia memang sibuk tapi adalah lebih besar kemungkinan bahawa si dia sedang berusaha menghindarkan diri daripada kamu. 

Biasanya statement yang last sekali tu biasa aku dengar tentang situasi camni. Aku pun rasa dilayan macam last statement tu jugalah . haha. Post ni bukanlah nak menyalahkan kaum Adam. Tapi sekadar bacaan untuk kaum Hawa. Semua orang mempunyai kelemahan & kelebihan masing2. Yang baik datang dari Allah yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Muhasabah diri kejap. haha. =]=]=]

Sumber : Remaja (Pendapat Hero)

No comments:

Post a Comment