Hello Hello

23 June 2011

Nasi Goreng saya

Pagi tadi mama dah pesan kat aku mama tak nak tinggal lauk pauk untuk aku dan adik sebab lauk tak abeh makan sejak dua hari ni. Mama just masak lauk pauk untuk opah2 dan cikgu2 je. Mama ade beli sayur2 dan barang dapur lebih sikit untuk aku masak kat rumah. So, tengahari tadi sebelum adik aku balik, aku masak nasi goreng untuk lunch. Macam biasa lah kalau mama malas sangat nak masak then suruh aku masak, nasi goreng ajelah yang aku akan buatkan untuk makan. haha.

 Memang aku akui aku ni memang cerewet kalau pasal makanan, nak makan yang sedap2, cukup bahan2 dalam makanan dan tak pedas, tapi pedas kalau sedap macam masakan mama aku takpe. Banyak songeh kan??? Citarasa aku ni tinggi sikit. Bakal mak mertua - mak mertua yang di luar sana berjaga2 ye kalau nak pilih aku ni. hahahahaha(perasan). Macam aku makan nasi juga, lauk aku pelbagai tapi nasi sikit je. Itu memang style aku. Tapi masa aku duduk kat kolej aku jarang beli nasi dan lauk kat cafe sebab bukan selera aku. Boleh dikatakan tiap2 hari jugalah aku selalu beli yang goreng2 je.  Bukan nak cakap masakan kat sana tak sedap or ape tapi aku jenis yang memilih. Maaf ye makcik dan pakcik cafe. Tapi kalau kat lua memang confirm ade yang sedap dan menepati selera aku contohnya Nasi Ayam Penyet. Rindunye =)


Nasi Goreng Saya =)


Bahan2 untuk nasi goreng aku mesti kene banyak contohnya mesti ade sayur carrot, kobis, kacang panjang, daging burger, ayam, sotong dan telur. haha. Kalau takde bende2 ni macam nasi goreng aku tak cukup sedaplah. ceeewwaaaah............  Hari ni aku masak macam aku nak bagi tetamu makan padahal aku dan adik aku je yang makan. Tu maksudnya kami dua ni kuat makan. Memang tak cukuplah kalau aku masak sikit. Tambah2 aku ni bukan kakak yang suka mengalah. Kejam kan aku. hehe. Gambar atas tu nasi goreng yang aku snap tadi. Adik akulah pelanggan setia nasi goreng aku dari dulu sampai sekarang. Mama dan ayah selalunya tak sempat nak komen sebab adik dah abehkan nasi dulu. haihhh .... =]=]=]

No comments:

Post a Comment