Hello Hello

11 June 2011

mai mai KEDAH =)

Salam Hari Jumaat. Ini pun dah terlambat nak post. Hari ini jauh perjalanan ke utara sana. Dah lama tak mai Kedah ni. Bertolak ke sana lambat sikit sebab ayah pandai bajet perjalanan jauh. Itu yang aku tabik ngan ayah sebab perancangan yang rapi dan teratur memang selalu tepatla. Sepanjang perjalanan macam biasa mulut aku memang tak boleh diam asyik melalak je, patutla mendung je hari ini tapi tak hujan pun. So, itu tak bermaksud suara aku sumbang kan.haha. Baru setengah jam duduk dalam kereta perut aku dan adik dah lapar. Memang wajibla bawa bekalan ke mana sahaja. Al maklumla anak dara dan teruna makcik Teh dan pakcik Anuar ni memang kuat makan =) .

sharing is caring la kunun.
nasi goreng special mama&cucur jagung kegemaran kami =)

Alhamdulillah selamat sampai di rumah makyong kat Sg.Petani pukul dua lebih. Sedikit sedih sebab ade sepupu yang tak datang sebab kerja dan hal masing2. Adik beradik mama walaupun ramai tapi ada juga yang tak datang kenduri ni. Aku tak ada geng. Lepas asar aku dan ayah pergi masjid nak tengok kak long akad nikah. Aku sorang lagi, masuk masjid dengan selamba pakai seluar dan kebaya je. Yang lain semua berbaju kurung. Itulah Hamizah Anuar yang memang susah nak pakai kain atau baju kurung. Sempoi jela kan. hahaha =). Syukurlah, dengan dua kali lafaz, kak long dah jadi bini orang ... waaahhhhh!!! Seronok kak long yeeeeee =]=]=].
you memang cantiklah kak long.
ada macam Nora Danish tak???


memang padanlah 


abg long & kak long


memang banyak perbezaan kita kan tapi depan camera wajib posing lah kan =)

Ini jela cousin yang ada 

Lepas isyak ada kenduri kecil dan bacaan tahlil. Makanan pun boleh tahan sedap sebab lauk yang mama masak ada. Rendang tok special dari Teluk Intan tau mama masak. Dalam hati ini pulak dah tak sabar nak berinai. Orang suka berinai lah katakan. Itu sahaja cerita sebab tangan kiri dah lenguh nak type. Tangan kanan pulak da berinai =). I suka tau <3 . Selamat malam semua.


anak sapa tak tau.main pegang je,
ada ciri2 tak???

No comments:

Post a Comment