Hello Hello

16 June 2011

Selera makan

Pagi tadi pergi keluar dengan ayah sebab nak settle lesen aku sebab dah nak dekat setahun aku tak pegi latihan lepas dapat L tahun lepas. Takut kena dengar ceramah untuk yang kali yang ketiga. huh. Cukuplah! Dah tak larat nak duduk dengar orang membebel dari pagi sampai petang. Last2, akak tu cakap aku boleh sambung latihan tapi kena renewlah lesen L aku. Wahhh!!! Dah lama tak naik motor ngan ayah. Yah!!! Hari ni aku naik motor ngan ayah pergi situ pergi sini. Aku memang susah nak naik motor sebab aku cepat pening kepala. Tak tau kenapa. Lepas tu, balik rumah ada tok uda sebab ada hal nak jumpa ayah. Mama masak lauk lebih sikit sebab nak makan berjemaah ngan tok uda dan opah uda sekali. Macam ni memang bagus, sebab hari ini selera makan aku bertambah sikit. Sejak kebelakangan ni aku ada masalah perut lapar sangat tapi takde selera nak makan. Memang aku kuat makan, setiap masa aku makan. Badan je yang tak naik. Tapi aku kurang makan sekarang ni, cuba imagine aku macam mana. haha. Tak tahu cara penyelesaian macam mana.Tapi sebelum makan, ayah dan tok uda keluar settle kan hal mereka dan aku pulak ikut mama pergi hantar lauk. Lepas tu pergi pekan nak beli air bandung. huh, Hilang dahaga. Memang kenyang alhamdulillah hari ini. Aku semakin pulih dari segi selera, fikiran dan perasaan. Apa maksudnya eh??? haha. Later aku akan post pasal itu sementara tunggu feel ada nak diceritakan.


atas motor sempat lagi snap 

air bandung ... sluurrrpppp!!!

mama potpetpotpet
aku pendengar setia =)

Banyak kan lauk kat atas tu. Ada sup ayam, sambal tumis ikan, tumis tauge carrot & kacang, kari telur, masak lemak sohon dan rendang kerang. Macam biasalah aku kalu makan nasi sikit lauk yang mesti banyak. Baru perut rasa sedap. haha. 

Kat entry ni aku nak ucapkan takziah buat kaum keluarga arwah Ummirul Syahirah iaitu bekas pelajar KMPK yang telah kembali ke rahmatullah semalam 15/6 . Dengar khabar arwah accident dan koma. Aku tak kenal siapa tapi arwah satu matrik dan friend fb aku. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang mulia. Al-Fatihah ......
Untuk adik2 choral speaking Sk Convent congratulations di atas kemenangan anda semua semalam... =]=]=]

No comments:

Post a Comment