Hello Hello

27 June 2011

Cinta Kampus

Surat khabar Metro hari  ni ade tajuk 'CINTA KAMPUS'. Kampus dianggap tempat paling sinonim memulakan langkah pertama cari pasangan sehati sejiwa. Dapat ke cari yang SEHATI? SEJIWA? haha. Sedangkan yang dah ada di hati pun bila dah jauh masing2 buat hal, curang. 'Takut tak laku' antara alasan golongan siswi bermain cinta di universiti. Bagi aku, aku tak pernah fikirkan alasan yang macam tuh. Mungkin segilintirnye lah yang berfikir macam tuh. Bila cinta kat sekolah dipanggil 'Cinta Monyet'. Bila dah masuk universiti dipanggil 'Cinta Kampus' pulak. Aku takde cinta monyet kot, cinta kampus adelah. hehe. Tapi sekarang ni, it's complicated dah. Susah nak cakap betul2 or main2.

Biasalah bila kita dah meningkat remaja ni macam2 perasaan ade, macam2 bende kita nak buat kan. Tapi selalulah berfikir dulu sebelum buat sesuatu. Kelak menyesal pulak dengan apa yang kita dah buat kan. Pantang tengok yang berdahi licin, yang cantik, yang tampan mestilah ade perasaan suka tu kan. Tapi kadang2 mereka hanya melihat paras rupa sahaja terus jatuh cinta. Tak kekal lama tu kalau kita tak jatuh cinta dengan hati budi seseorang tu sekali. 

Remaja macam kita ni jangan lah senang2 je nak jatuh cinta ngan orang, kenal dulu. Pastu nanti dah nampak yang lagi elok, curang pulak. Pastu gaduh, serang orang tu orang ni, sakit hati, tension n bla bla bla. Dah tak tahan dengan masalah sendiri mulalah nak bunuh diri, buat kerja yang bukan2. Janganlah sampai macam tuh. Yang penting kita kene selalu ingat Tuhan, ibu & ayah kita sebelum kita buat apa saja. Very2 important tau =). So, yang single mingle yang still resah takde cinta di hati tak perlu risaulah. Jodoh di tangan Tuhan. Yang dah ada cinta dihati, sayangi & hargailah pasangan anda, moga2 berbahagialah tapi ingatlah masa depan juga ye...  

Aku suke sangat lagu ni. Lagu WAJAH RAHSIA HATI dari Fauziah Ahmad Daud. Sebab dalam kehidupan ini yang terindah melalui usia remaja. Janganlah sia2 kan masa remaja kita ni ye kawan2........... Jom nyanyi..............

Dalam kehidupan ini yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Oh berdebar-debar hatinya
kali pertama bertentang mata
Inikah pengalaman 
Harus ditempuhi tiap insan

Kenakalan atau kesungguhan 
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati

Dalam kehidupan ini yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka 
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Oh berdebar-debar hatinya
Kali pertama bertentang mata
Inikah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan

Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan 
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia

Dan aku pulak siapalah jodoh aku nanti??? Milik siapakah gadis ini.... hehehe

Kalau sayang saya, fahamilah diri saya. Janganlah tinggalkan saya =]=]=]

2 comments: