Hello Hello

17 June 2011

Luahan Hati =(=(=(

Dulu hati aku memang susah nak fall in love ngan lelaki. Orang cakap aku macam takde feeling. Ape jenis pompuan la ko ni Hamizah. Aku tak pernah couple dengan sape2. Tapi aku tahu dulu mesti ada yang ingat aku couple dengan seseorang sebab aku terlalu rapat ngan dia. Sebab kali pertama aku rapat ngan dia yang bernama lelaki.  Hanya dia yang tahu perasaan aku masa tu. Sebab aku merasakan aku masih bersekolah, masih muda, masih keanak-anakan, belum mature dan mahu penuhkan masa berseronok dengan kawan2. Lagipun dulu aku dikelilingi dengan orang2 yang dah couple. Macam2 cerita2 gembira, sedih, pahit dan manis masa couple yang dieorang cerita kat aku. So, aku jadi macam takde keinginan lagi nak bercinta. That's why aku tak nak dan banyak menolak cinta orang,patahkan hati orang dan tak layan korang. I'm sorry bukan sengaja  tapi hati aku takde feeling lagi tak kan nak paksa diri sendiri untuk menyintai orang. Dulu hanya berskandal dengan orang tu dengan orang ni. Memang skandal jela yang banyak kan sampai lah aku kat matrik pun macam tu juga. Aku jenis yang susah nak ada perasaan cinta. Minat2 suka2 tu adela. Nasib baik lah takde lagi orang yang cakap aku lesbian kan, sebab aku takde perasaan kat laki.haha. I'm not like that ok. 

Sekarang aku dah jadi budak U. Dekat U pertama kali aku fall in love. Dekat U jugalah aku kenal kamu. Kamu yang mulakan dulu untuk mengenali aku. Kawan2 fakulti aku pun ada juga yang dah kenal dengan kamu sebagai satu kolej kediaman. Kita kenal sebelum bulan Ramadhan bulan yang mulia. Sepanjang perkenalan, kita pernah buka puasa sama2, pernah pergi CAIS sama2, keluar jalan2 dengan kawan2 sama2, pun pernah balik naik flight sama2. Semakin hari aku semakin sayang dengan kamu. Aku pun pelik kenapa aku senang terbuka hati untuk kamu. Adakah ini disebabkan aku yang dah mula meningkat dewasa yang dah mula ada perasaan cinta kat orang, ataupun masa tu bulan mulia, hati pun mulia ngan orang ataupun sebaliknya? Semua itu aku kongsikan dengan mama aku.  Mama aku memang seorang yang memahami. Mama tak marah dan tak larang aku untuk berkawan atau mengenali seseorang sebab mama tau hati dan perasaan seorang anak gadis dan remaja macam aku ni. Dah mula rasa nak itu nak ini. Tapi mama bagi nasihat agar aku tak lupa pasal pelajaran aku dan impian aku.

Dan hari yang penting masa tu kita sambut Hari Kemerdekaan kat Unimas bersama. Memang selalu juga berhubung dengan kamu. Bergurau, ketawa, ada masalah share sama2. Kamu pulak jenis yang banyak cakap, suka menyakat, suka buat lawak. Yang paling aku suka tentang kamu adalah nasihat kamu dan  ceramah kamu yang dah macam Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah + A. Samad Said + Karam Singh Wali. Kamu seorang yang penyabar, banyak berfikir, cool&relax je. Aku nak kamu tahu aku sentiasa support kamu dalam apa jua yang kamu buat, interest kamu, hobi kamu, semua yang kamu lakukan dalam hidup kamu sebab kamu antara golongan yang aku sayang. Banyak benda yang aku belajar dan aku tahu sejak aku mengenali kamu.

Tapi, semuanya berubah sedikit demi sedikit sejak cuti sem. Dah jarang nak berhubung. Kenapa??? Aku selalu tunggu kamu. Tapi kamu seolah-olah tak ingat aku. Aku tahu tengah cuti, kamu memang banyak aktiviti nak buat, tambah2 dengan hobi kesukaan kamu tu. Aku paham dan aku support kamu. Tapi perangai kamu macam dah lupa aku ni siapa. Siapa  yang tak marah kalau macam tuh. Setahu aku bila kita jauh di mata masa tu lah kita perlu sentiasa berhubung untuk mengeratkan lagi hubungan itu. Aku tak lah bermaksud 24jam asyik nak mesej or kol. Aku pun  bukan jenis yang macam tu. Tapi untuk mengetahui tentang keadaan masing2 pun sudah cukup.  Sampailah masuk sem baru. Memang banyak sangat perubahan yang aku perasan tentang kamu. Ye aku paham jadual kamu memang padat aku pulak tak padat macam dulu. Tapi at least bagitau lah kamu busy atau itu atau ini. Ini diam je. Sampai dah aku marah baru nak cakap. Bila aku mesej ada tak balas bila kol tak jawab pulak. Mestilah ada rasa something kalau dah macam tu. Timbullah fikiran yang bukan2 dalam otak aku ni. Lagi2 aku kuat jeles. Bila aku buat dekat kamu macam tu, kamu rasa macam mana?. Kamu pun tegur aku juga kan kenapa tak balas tak angkat itula inila. Macam tu jugala perasaan aku.

Memang tak dinafikan aku memang selalu marah tapi bukan bermaksud benci atau mengongkong atau ape, tapi untuk mengingati sebab aku sayang kamu. Aku nak perhatian dari kamu. Walaupun kamu busy, tapi tak boleh ke kamu ada masa sedikit untuk aku. Fikiran aku tak keruan, jiwa aku kosong. Tapi dah selalu kamu buat aku macam tu. Elemen diri aku adalah api. Api itu panaskan. Dan setiap kali kamu buat aku macam tu, sering kali lah aku marah, tension, sedih, sakit sangat kat hati aku ni. Tapi aku hanya berdiam dan aku belajar erti kesabaran. Hanya Al-Quran yang sentiasa aku pegang dan aku baca untuk tenangkan diri dan hindarkan diri dari buat yang bukan2 nak lepaskan tension. Mulut memang manis. Sesiapa pun boleh cakap 'saya sayang awak', 'saya perlukan awak', awak sentiasa di hati saya', 'saya tetap tunggu awak', 'saya sayang awak'. Ada betulnya juga statement kawan aku kat fb, 'Sebelum dapat seseorang tu, dia suka dan teringin sangat nak memiliki tapi selepas dapat seseorang tu, dia tak reti nak menyayangi & menghargai'. Yang takde relationship perangai macam dah couple tp bile yang couple perangai macam yang takde relationship. Memangla bila tengok orang lain mesra2 aku rasa jeles. Kamu takde perasaan tu kah atau memang takde perasaan dah? Aku bukan nak membezakan kamu dengan bf orang lain tapi aku nak perhatian dari kamu. Sebab aku merasakan perangai kamu yang bersikap acuh tak acuh. Orang lain boleh pulak kamu layan. Aku ni siapa? Kenapa kamu tak layan?

Di mana kamu sekarang? sampai hari ini kamu senyap tanpa khabar berita. Mesej dari kamu pun dah lama tak masuk dalam hp aku. Aku memang ego. Tapi aku terpaksa mengalah sebab aku cepat kasihan kan orang. Aku rasa aku tak patut buat kamu macam tu. Tapi bila aku kol, perbualan kamu tu macam nak tak nak je. Kadang2 aku rindu kamu, aku terus kol kamu. Niat dalam hati nak share itu ini, tapi bila dah dengar suara kamu yang macam tak nak dengar je bunyi. Aku tersentap, terkedu. Kamu macam dah tak interested nak  cakap ngan aku. Satu perkara yang tak kan aku lupakan. yang buat aku tersentap dan terguris apabila  aku  memberitahu kamu yang aku sakit tekak. Kamu balas dengan suara yang tinggi marah tak paham kenapa sakit tekak. Hanya tuhan jela yang tahu macam mana situasi tu. Tak dapat nak digambarkan melalui ayat. Aku selalu menjadi pendengar setia kamu  bila kamu cerita itu, ini, sedih, gembira. Tapi kamu? Adakah ini cara kamu melayan aku? Adakah cara ini untuk tunjukkan perubahan kamu? Adakah cara ini untuk kamu jauhkan diri dari aku? Adakah cara ini untuk senang kamu lupakan aku? Adakah hati kamu sudah dimiliki oleh orang lain? Adakah ini untuk aku? Kamu tak pernah nak jelaskan yang sebetul-betulnya kenapa kamu berubah macam ni. Di mana kamu yang dulu? AKU RINDU KAMU YANG DULU ='( . Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku hari demi hari. Setiap hari dalam otak mesti memikirkan kamu. Tapi kamu di sana , adakah masih memikirkan aku?rindu aku?sayang aku? Hanya Tuhan saja yang tahu.

Sekarang, aku hanya menuggu hari2 yang mendatang. Kita tak tau apa yang akan berlaku pada hari yang akan datang. Lagipun aku masih Student, banyak lagi benda yang nak difikir dan dikejar. Jikalau kamu ikhlas dengan aku, perhubungan ini akan berterusan. Mama selalu pesan ngan aku kita mestilah ada PERSEFAHAMAN, KEJUJURAN & KESETIAAN dalam perhubungan. Insyaallah akan berterusan. Mama cakap ,satu hari nanti dia akan cari kita juga . Nasib baiklah sekarang aku dah kat rumah ada mama yang sentiasa di sisi aku, memberi nasihat dan semangat kat aku. Tambah pulak ade kawan2 yang memahami, menegur dan menasihati aku. Hidup ini mesti diteruskan. Kumbang bukan seekor kan. Orang pernah cakap cinta pertama memang susah nak dilupakan. Lepas ini aku akan jadi serik untuk bercinta. Doa ku, tenangkanlah fikiran dan hatiku Ya Allah. Tabahkanlah diriku untuk mengharungi segala ujianMu. Amin.............................

Aku suka kucing | Kamu suka angora

4 comments:

  1. miza... sabar yee.. aku paham perasaan kau.. hmm.. frankly speaking, kalau laki da lain macam tu, means ati die da berubah da tu.. bukan nak kecewakan kau. tapi tu bedasarkan experienced aku.. pape pun miza,, be strong! jgn sebabkan laki, kau lemah.. cari balik diri kau yg dulu.. yg x perlukan laki tu.. yg boleh idup xde laki.. oke? nak share pape, aku ade.. :)

    ReplyDelete
  2. You are right Farah. Setuju sangat ngan ko. Aku dah serik skrng. N bru aku tau cmne ko rse mse dulu tu. Thanks Farah =]=]=]

    ReplyDelete
  3. bila aku baca, aku faham. kau yg mengalami semuanya. aku tak tahu apa-apa. aku cuma boleh doakan apa yg terbaik utk kawan2 aku :)

    ReplyDelete